Impian penduduk di Gua Musang, Kelantan untuk bersolat sunat tarawih di Masjid Razaleigh yang mirip Masjidil Haram Mekah pada bulan Ramadan ini masih belum tercapai.
Ini kerana masjid bernilai RM32 juta itu yang dijadualkan dibuka ketika 17 ramadan ini terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19 yang masih menular.